It's about me & my precious...

It's about me & my precious...
Assalamualaikum..Hi, saya Zuliana Zainal Abidin. Mommy kpd 2 anugerah Allah yg tidak ternilai, Muhammad Khairy Omar & Khayra Umairah. Juga isteri bt insan yg penyayang, suamiku Khairul Azhar Jaafar. Ini adalah coretan hidup saya sbg mommy & juga isteri. Melalui blog ini ingin saya kongsi beberapa peristiwa yg telah dilalui & berlaku dlm kehidupan saya. Sudi2kan lah berkongsi dgn saya..

Sunday, August 7, 2011

~Salam Ramadhan~

Assalamaulaikum....
Sudah lama rupa2 nya Zulie tak update blog nih.... Al maklum la bz dgn mcm2 hal... Jab2 dok kat KL... Jab2 dok kat Kelate... Now dah blk ke Kuantan for good... Alhamdulillah... Home Sweet Home....
Berkesempatan di bulan yg mulia ini, Zulie ingin mengucapkan "Salam Ramadhan"kpd semua kekawan muslim.... Sama2 lah kita mengumpul amal ibadat sebyk mungkin..... InsyaAllah....

Monday, June 21, 2010

~ Breaktru Kids Holiday Camp ~













Last week, masa cuti sekolah pertengahan tahun, Breaktru Kids mengadakan Holiday Camp bg kanak2 kat situ. 1 hari sebelum camp bermula, "Aunty Phoebe" mengadakan aktiviti family day bg parents kanak2 kat situ. Zulie bersama2 Khayra & Achu bebudak nih joint utk bg support pd Khairy & member2 yg lain. Khairy hepi sangat masa tu dpt jumpa dgn friends & aunty2, uncle2. Next day tu semua kanak2 nih check in untuk Holiday Camp. 2 days 1 nite, stay over nite di situ. Photo yg mula2 tu "Aunty Phoebe" yg bg. Dapat la tengok aktiviti yg budak2 nih bt selama 2 hari 1 malam. Pergi Pusat Sains Negara, Swimming, Playing Kites, Nite Movie, & mcm2 lagi la. All this for free utk kids kat sini. Cup cakes yang Khairy makan tu, those kids yg decorate kan. Baguskan? Hopefully Khairy dapat joint lagi aktiviti macam nih in future.

** Nasi Beryani Udang **

Hari ini bila buka freezer dok termenung jab. Pikir nak masak apa. Tengok ada udang. Boleh la masak nasi beryani udang yang simple2. Boleh la share sama2 untuk hidangan bersama anak2.

Bahan-bahan:
Untuk Nasi ~
- 2 cups beras ( lagi elok brasmathi, kalau takde, beras biasa pun boleh )
- 1 ulas bawang putih dimayang
- Setengah ulas bawang besar dimayang
- 1 inci halia dimayang
- 4 biji bunga cengkih
- 2 biji pelanga hindi
- 3 cm kulit kayu manis
- 2 kelopak bunga lawang
- 1 setengah cups air rebusan kulit udang
- Setengah cup susu Ideal or UHT
- 1 helai daun pandan dicarik-carik
- Hirisan carrot
Untuk Udang Sweet & Sour ~
- 20 ekor udang saiz sederhana dibuang kulit (asingkan kulit utk direbus)
- 2 ulas bawang putih di cincang
- Setengah ulas bawang besar dipotong besar
- 6 cmb tomato sos
- 1 biji buah tomato di potong lapan
- 1 cmb kicap manis
- 1 cmb sos tiram

Cara-cara Nasi:
- Tumis bawang putih, bawang besar, halia, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga hindi hgg wangi.
- Masukkan hirisan carrot.
- Masukan 1 setengah cups air rebusan udang.
- Masukan setengah cup susu ideal atau susu UHT.
- Masukkan beras, garam, gula dan daun pandan.
- Tanak hingga masak. 
Cara-cara Udang:
- Tumis bawang putih & bawang besar hingga wangi.
- Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap & sedikit air.
- Masukkan garam, gula, buah tomato & udang.
- Masak secukupnya.

SIAP UNTUK HIDANGAN BERSAMA ANAK2. BOLEH JUGA DIMAKAN BERSAMA2 JELATAH ATAU ACAR TIMUN. TAPI ZULIE NAK CEPAT TADI, MAKAN DENGAN ULAM TIMUN SAHAJA. SELAMAT MENCUBA.

** Baked Chicken With Carrot Sauce **

 Bahan-bahan:
- 1 setengah ayam dipotong dua bahagian
atau
- 4 ketul kepak ayam
- 1 biji carrot
- 1 ulas bawang besar
- 2 batang saleri
- 1 cawan epal jus
- garam gula secukup rasa

Cara-cara:
- Rebus kesemua bahan diatas dalam periuk.
- Masak hingga ayam tadi mesra dgn air rebusan.
- Keluarkan ayam & sejat.
- Bakar di dalam ketuhar pd suhu 160' selama 20 minit (ikut suka tahap garing).

Untuk Sauce:
- Air rebusan tadi di blend hancur.
- Masukkan ke dalam periuk semula dan masak bersama-sama hirisan cendawan butang.

Sides~ Garlic Rice:
- Tumis 1 ulas bawang puting cincang dgn 1cmt mentega.
- Basuh 1 cup beras & sejat keluarkan airnya.
- Masukkan beras ke dalam tumisan tadi bersama-sama 1 cup air.
- Masakkan.

Sides ~ Potato Parsley:
- 2 biji kentang direbus hingga empuk.
- Keluarkan dari air & kupas kulit.
- Potong kpd 4 bahagian.
- Cairkan 1 cmb mentega di atas pan.
- Campurkan bersama-sama kentang & hirisan parsley.

Sides ~ Steam Brocoli:
- Brocoli yg siap dibasuh di kukus hgg empuk.
- Toskan & masukkan ke dalam air ais.
- Keluarkan & campur bersama 1 cmb mentega yg dicairkan & garam.

*SELAMAT MENCUBA*

♥ ♥ Happy Papa's Day ♥ ♥


Happy Papa's Day
Love ~ Mommy Khairy Khayra

Thursday, June 17, 2010

**Sesame Chicken Roll**

Asyik2 bercerita pasal masalah Khairy, apa kata ari ini Zulie selitkan dgn menu mudah untuk hidangan minum petang seisi keluarga untuk semua. Amat mudah & kanak2 pun suka sangat. Ini favorite anak2 Zulie tu, Khairy & Khayra. Hidangan ni namanya "Sesame Chicken Roll"

Bahan-bahan:
1 buku roti sandwich
1 pek Chicken meatloaf
2 biji telur dipukul
2 sudu besar bijan (sesame)
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
-Potong tepi roti, kukus selama 1 minit di atas pengukus.
-Keluarkan dan gelek roti dgn rolling pin atau geleng dgn botol hingga leper. Potong jadi dua.
-Chicken meat loaf juga dipotong dua & diletakkan diatas kepingan roti tadi.
-Gulung biar ketat dan celup di dalam telur.
-Golek-golekkan dalam biji bijan (sesame).
-Goreng hingga garing kekuningan.
-Hidangkan bersama sos cili thai.

Selamat Mencuba. Anak-anak pasti suka.

Wednesday, June 16, 2010

♥ ♥ Ujian Yang Menduga Keutuhan Kami Suami Isteri ♥ ♥

Setiap ikatan pernikahan diharap akan diserikan dgn cahayamata pengukuh kasih sayang setiap suami isteri. Kali pertama Zulie tahu Zulie pregnant, rasa mcm mimpi pun ada. Akhirnya akan bergelar ibu. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami.
Kelahiran Khairy menambahkan seri dalam hidup kami sekeluarga. Besar harapan kami mudah2an Khairy membesar menjadi anak yang berguna kpd agama dan keluarga. Hari demi hari yang kami lalui penuh dgn warna warni. Hingga lah suatu hari bila kami sedar yang Khairy tidak seperti kanak-kanak lain yang seusia dgn dia. Mulanya amat sukar kami kesan masalah Khairy sebab sudahlah anak pertama, cucu pertama dan dia mmg seperti biasa sahaja hingga lah dia mencecah usia 3 tahun.
Bila doktor mengesahkan yang Khairy ada "mild autisme", Zulie mmg cuba menafikan. Ibu mana yang tidak kecewa bila tahu anak yang diharap2kan tidak seperti kanak2 lain. Namun lama kelamaan Zulie boleh terima hakikat walaupun pahit. Hubby pun seperti itu. Apa yang menyebabkan kami rasa Khairy bukan "autisme" sbb dia blh mengira 1 - 20 & mengenal ABC hgg Z pd usia 3 thn.
Akhirnya doktor menjelaskan, autisme ada byk jenis. Ada yang slow (kategori yg agak teruk) dan ada yang bijak (mild) cuma dia tidak pandai mengawal tingkahlaku dia. Kadang2 kanak2 yg "'mild autisme" ini mirip kpd kanak2 ADHD iaitu hyperaktif.
Sepanjang mendapatkan rawatan & juga pendidikan yang terbaik kpd Khairy, hubungan kami suami isteri sll ada pasang surutnya. Kdg2 spt dipukul ombak. Kdg2 bergelora, dan kdg2 tenang. Hakikatnya mmg sukar kami hadapi. Hipokrit kalau kami kata, hubungan kami sll indah.
Kadang kala sll juga terfikir, dimanalah silap kami. Apakah hikmah disebalik kejadian ini. 
Bila hati kecewa, hubby frust. Selalu kami ingat mengingati antara satu sama lain, syukur Khairy seperti ini. Bayangkan anak2 pasangan lain yang kesusahan dgn masalah yg lagi teruk. Siang malam kami berdoa  moga2 Khairy membesar menjadi normal spt org lain. Dapat menjalani kehidupan seperti insan2 yang lain.