It's about me & my precious...

It's about me & my precious...
Assalamualaikum..Hi, saya Zuliana Zainal Abidin. Mommy kpd 2 anugerah Allah yg tidak ternilai, Muhammad Khairy Omar & Khayra Umairah. Juga isteri bt insan yg penyayang, suamiku Khairul Azhar Jaafar. Ini adalah coretan hidup saya sbg mommy & juga isteri. Melalui blog ini ingin saya kongsi beberapa peristiwa yg telah dilalui & berlaku dlm kehidupan saya. Sudi2kan lah berkongsi dgn saya..

Wednesday, June 16, 2010

♥ ♥ Ujian Yang Menduga Keutuhan Kami Suami Isteri ♥ ♥

Setiap ikatan pernikahan diharap akan diserikan dgn cahayamata pengukuh kasih sayang setiap suami isteri. Kali pertama Zulie tahu Zulie pregnant, rasa mcm mimpi pun ada. Akhirnya akan bergelar ibu. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami.
Kelahiran Khairy menambahkan seri dalam hidup kami sekeluarga. Besar harapan kami mudah2an Khairy membesar menjadi anak yang berguna kpd agama dan keluarga. Hari demi hari yang kami lalui penuh dgn warna warni. Hingga lah suatu hari bila kami sedar yang Khairy tidak seperti kanak-kanak lain yang seusia dgn dia. Mulanya amat sukar kami kesan masalah Khairy sebab sudahlah anak pertama, cucu pertama dan dia mmg seperti biasa sahaja hingga lah dia mencecah usia 3 tahun.
Bila doktor mengesahkan yang Khairy ada "mild autisme", Zulie mmg cuba menafikan. Ibu mana yang tidak kecewa bila tahu anak yang diharap2kan tidak seperti kanak2 lain. Namun lama kelamaan Zulie boleh terima hakikat walaupun pahit. Hubby pun seperti itu. Apa yang menyebabkan kami rasa Khairy bukan "autisme" sbb dia blh mengira 1 - 20 & mengenal ABC hgg Z pd usia 3 thn.
Akhirnya doktor menjelaskan, autisme ada byk jenis. Ada yang slow (kategori yg agak teruk) dan ada yang bijak (mild) cuma dia tidak pandai mengawal tingkahlaku dia. Kadang2 kanak2 yg "'mild autisme" ini mirip kpd kanak2 ADHD iaitu hyperaktif.
Sepanjang mendapatkan rawatan & juga pendidikan yang terbaik kpd Khairy, hubungan kami suami isteri sll ada pasang surutnya. Kdg2 spt dipukul ombak. Kdg2 bergelora, dan kdg2 tenang. Hakikatnya mmg sukar kami hadapi. Hipokrit kalau kami kata, hubungan kami sll indah.
Kadang kala sll juga terfikir, dimanalah silap kami. Apakah hikmah disebalik kejadian ini. 
Bila hati kecewa, hubby frust. Selalu kami ingat mengingati antara satu sama lain, syukur Khairy seperti ini. Bayangkan anak2 pasangan lain yang kesusahan dgn masalah yg lagi teruk. Siang malam kami berdoa  moga2 Khairy membesar menjadi normal spt org lain. Dapat menjalani kehidupan seperti insan2 yang lain. 

No comments:

Post a Comment