It's about me & my precious...

It's about me & my precious...
Assalamualaikum..Hi, saya Zuliana Zainal Abidin. Mommy kpd 2 anugerah Allah yg tidak ternilai, Muhammad Khairy Omar & Khayra Umairah. Juga isteri bt insan yg penyayang, suamiku Khairul Azhar Jaafar. Ini adalah coretan hidup saya sbg mommy & juga isteri. Melalui blog ini ingin saya kongsi beberapa peristiwa yg telah dilalui & berlaku dlm kehidupan saya. Sudi2kan lah berkongsi dgn saya..

Tuesday, June 15, 2010

Sukarnya Abang Tunjukkan Sayang Pada Adik

Khairy sayang Khayra. Khayra sayang Khairy. Tapi sukarnya Khairy tunjukkan kasih sayang pd Khayra. Sejak akhir2 nih since dia ke Breaktru Kids, barulah dia tunjukkan kasih sayang dia pd Khayra. Dulu, kadang2 kasihan pd Khayra bila dia tidak dilayan abg Khairy. Kadang2 bila dia bercakap dgn abangnya, si abang buat tidak tahu. Khairy lebih suka berada di dalam alam ciptaannya sendiri. Kanak2 spt Khairy mmg berdepan dgn masalah pergaulan dgn individu yg lain berbanding mereka selesa berada di alam mereka sendiri. Zulie & hubby teramat risau bila berdepan situasi ini. Macam2 dah kami bt supaya both of them blh adapt to each other. Buat aktiviti sesama. Sharing toys together. Tapi nampaknya Khairy susah nak accept perubahan lebih2 lagi bila dia sudah selesa dgn alam ciptaan dia sendiri.
Masa Kahyra mula2 lahir dulu, Khairy tak pernah datang tengok dekat. Duduk jauh2 sahaja. Kalau dia terpandang Khayra masa dlm pantang dulu, dia mcm hendak muntah. Zulie pun tak tahu kenapa Khairy memberi respon mcm tu.
Bila Khayra semakin besar, dua2 mcm berada di tempat berbeza. Khayra dgn hal dia, Khairy dgn hal dia.  Bila ajak Khairy sama2 bermain dgn Khayra, dia selalu enggan joint sesama. Kalau toys dia jangan disentuh Khayra. Dia akan belasah jer Khayra. Kadang2 kesian pada Khayra asyik jd mangsa abang dia. Khairy mmg tak tahu yg tindakan dia salah. Bila kita explain pun dia tak kan faham. Bukan dgn Khayra sahaja dia ada masalah pergaulan, dgn mana2 kanak2 pun.
Pernah satu ketika Khairy tolak sampai jatuh terduduk seorang budak lelaki. Sebabnya budak tu menghalang laluan dia. Punya la malu masa tu. Zulie dah suruh Khairy say sorry & dia cakap sorry pd budak tu. Masalahnya nenek budak tu macam tak blh terima sampai dia memaki hamun Khairy didepan orang ramai. Khairy tak bagi respon apa2 sbb dia mmg tak faham. Zulie yg terkedu malu, sedih & geram dgn gelagat nenek ranggi tu. Ibubapa budak tu ok saja. Siap mereka cakap, sikit saja, anak kami ok takde apa2, biasala budak2. Yang si nenek macam kena rasuk maki hamun Khairy. Sedihnya Zulie Allah saja yg tahu. Sampai hati si nenek buat mcm tu. Kalau la dia tahu apa yg Zulie lalui & kalau lah cucu dia serupa Khairy, adakah dia faham.... Inilah cabarannya bila berdepan dgn kanak2 spt Khairy. Dugaan yg terpaksa kita tempuh mahu atau tidak.
Tapi alhamdulillah sekarang sudah nampak perkembangan positive. Sejak hantar Khairy ke "Aunty Phoebe" di Breaktru Kids, Khairy nampak lebih terbuka & peka. Now dia dah blh main sama2 dgn Khayra. Share toys sama2. Dengan budak2 lain pun dia dah boleh belajar bertolak ansur. Alhamdulillah sesangat.
Kalau kami suruh dia sayang adik dia pun tanpa berlengah2 dia terus peluk & cium. Sudah nampak kasih sayang dia pada adik dia. Sekarang ni kalau kami marah Khayra pun dia akan sedih sama. Bila bersama dgn kanak2 lain, dia dah blh joint the group. Bermain sama2.
Perubahan tidak berlaku dalam sekelip mata. Perubahan memerlukan masa yang panjang. Lambat atau cepat, itu tidak penting. Yang penting sekarang Khairy sudah menunjukkan tanda2 positive. Itu yang penting & memerlukan kesabaran. Syukur kehadrat Ilahi.

No comments:

Post a Comment