It's about me & my precious...

It's about me & my precious...
Assalamualaikum..Hi, saya Zuliana Zainal Abidin. Mommy kpd 2 anugerah Allah yg tidak ternilai, Muhammad Khairy Omar & Khayra Umairah. Juga isteri bt insan yg penyayang, suamiku Khairul Azhar Jaafar. Ini adalah coretan hidup saya sbg mommy & juga isteri. Melalui blog ini ingin saya kongsi beberapa peristiwa yg telah dilalui & berlaku dlm kehidupan saya. Sudi2kan lah berkongsi dgn saya..

Sunday, June 13, 2010

Yang Kelam Semakin Terang

Setelah melalui kekecewaan berulang kali dlm mencari tadika buat Khairy, Zulie terpandang 1 day care di Wangsa Maju. Terlintas dihati mahu cuba hantar Khairy di sana. Hubby bertemu dgn pengetuanya dan berbincang tentang masalah Khairy. Pengetua Day Care tersebut bersetuju utk memberikan Khairy tempoh trial utk 1 hari. Harapan kami tidak tinggi, takut kecewa lagi buat kali ke3. Keesokan harinya Zulie bawa Khairy ke Day Care tu. Sepanjang perjalanan dari rumah kami di Batu Caves hgg ke Wangsa Maju, Zulie tak putus2 mengingatkan Khairy supaya dia "good behave" di sana. Di sana Khairy lalui aktiviti dgn baik, cuma kanak2 di situ berusia dlm lingkungan 4 hgg 3 tahun. Tidak sesuai utk Khairy yg berusia 5 thn. Sedih sekali lg. Apa yg Zulie dpt gambarkan, kecewa sekali lagi. Namun alhamdulillah, pengetua day care tersebut ada seorang kawan yg memang ada sekolah khusus buat kanak2 spt Khairy. Kanak2 yg istimewa tetapi berpotensi membesar sbg org normal. Tiba2 terasa spt yg kelam semakin terang. Alhamdulillah. Zulie ambil contact number. Balik sahaja ke rumah terus Zulie call owner sekolah tersebut. Dia ingin dikenali sbg "Aunty Phoebe" dikalangan kanak2 didikannya. Kini Khairy sudah bersama2 dgn "Aunty Phoebe" & aunty2, uncle2 yg lain (cikgu2) di Breaktru Kids, Platinum Walk, Danau Kota. Hampir 1 tahun Khairy bersama2 mereka mengikuti aktiviti yg sesuai dgn dia. Alhamdulillah sekali lagi. Mengikut pemantauan Phoebe, Khairy akan bersedia mengikuti sesi persekolahan darjah 1 di sekolah biasa spt kanak2 normal yg lain. Terima kasih buat tenaga pengajar yg bersabar dgn kerenah Khairy yg kdg kala tidak menentu.

No comments:

Post a Comment