It's about me & my precious...

It's about me & my precious...
Assalamualaikum..Hi, saya Zuliana Zainal Abidin. Mommy kpd 2 anugerah Allah yg tidak ternilai, Muhammad Khairy Omar & Khayra Umairah. Juga isteri bt insan yg penyayang, suamiku Khairul Azhar Jaafar. Ini adalah coretan hidup saya sbg mommy & juga isteri. Melalui blog ini ingin saya kongsi beberapa peristiwa yg telah dilalui & berlaku dlm kehidupan saya. Sudi2kan lah berkongsi dgn saya..

Sunday, June 13, 2010

♥ ♥ Our 1st Bundle Of Joy ♥ ♥

MUHAMMAD KHAIRY OMAR
Muhammad Khairy Omar dilahirkan pd 16 Oktober 2004 di Kuantan Medical Center. Pengalaman ketika melahirkan Khairy tidak mungkin Zulie lupakan seumur hidup Zulie. Saat ketika itu apa yg Zulie ingat ialah maut. Sama ada Zulie akan kehilangan dia atau Zulie yg tiada selama-lamanya. Akhirnya Zulie dibawa ke dewan bedah secara kecemasan apabila doktor telah cuba pelbagai usaha utk mengeluarkan Khairy dari kandungan. Masa tu denyutan jantung baby sudah perlahan dan Zulie pun dah separuh sedar. Belum pun doktor berikan bius, Zulie sudah pengsan. Kesian pd Khairy. Keesokan harinya, ketika jururawat bawa dia ke bilik Zulie, kepala Khairy bersegi2 disebabkan tekanan dari vacuum dan juga forceps. Doktor telah bawa Khairy utk scan di kepala. Alhamdulillah tiada apa2 yg serius.

No comments:

Post a Comment