KHAYRA UMAIRAH
Khayra Umairah dilahirkan 2 tahun kemudian pd 11 Disember 2006 di Gleneagles Intan Medical Center, Kuala Lumpur. Istimewanya tarikh lahir Khayra, sama dgn mommy & papa. Mommy 11 Oktober & papa 11 Februari. Tarikh itu sama kebetulan semata2. Selepas melahirkan Khayra baru kami semua sedar yg tarikh kami serupa. Semasa hamilkan Khayra, Zulie berharap agar kelahiran kali ini normal. Namun kita hanya merancang, Allah telah tentukan takdirnya. Ketika kandungan berusia 36 minggu, doktor yg memeriksa memaklumkan yg baby dlm keadaan senget & tidak engage dilaluan yg betul. Air ketuban pula semakin sikit. Akhirnya doktor memutuskan yg Zulie terpaksa juga melalui C-section. Apa2 pun alhamdulillah semuanya selamat.

No comments:
Post a Comment