Last week, masa cuti sekolah pertengahan tahun, Breaktru Kids mengadakan Holiday Camp bg kanak2 kat situ. 1 hari sebelum camp bermula, "Aunty Phoebe" mengadakan aktiviti family day bg parents kanak2 kat situ. Zulie bersama2 Khayra & Achu bebudak nih joint utk bg support pd Khairy & member2 yg lain. Khairy hepi sangat masa tu dpt jumpa dgn friends & aunty2, uncle2. Next day tu semua kanak2 nih check in untuk Holiday Camp. 2 days 1 nite, stay over nite di situ. Photo yg mula2 tu "Aunty Phoebe" yg bg. Dapat la tengok aktiviti yg budak2 nih bt selama 2 hari 1 malam. Pergi Pusat Sains Negara, Swimming, Playing Kites, Nite Movie, & mcm2 lagi la. All this for free utk kids kat sini. Cup cakes yang Khairy makan tu, those kids yg decorate kan. Baguskan? Hopefully Khairy dapat joint lagi aktiviti macam nih in future.
It's about me & my precious...
Assalamualaikum..Hi, saya Zuliana Zainal Abidin. Mommy kpd 2 anugerah Allah yg tidak ternilai, Muhammad Khairy Omar & Khayra Umairah. Juga isteri bt insan yg penyayang, suamiku Khairul Azhar Jaafar. Ini adalah coretan hidup saya sbg mommy & juga isteri. Melalui blog ini ingin saya kongsi beberapa peristiwa yg telah dilalui & berlaku dlm kehidupan saya. Sudi2kan lah berkongsi dgn saya..
Monday, June 21, 2010
~ Breaktru Kids Holiday Camp ~
Last week, masa cuti sekolah pertengahan tahun, Breaktru Kids mengadakan Holiday Camp bg kanak2 kat situ. 1 hari sebelum camp bermula, "Aunty Phoebe" mengadakan aktiviti family day bg parents kanak2 kat situ. Zulie bersama2 Khayra & Achu bebudak nih joint utk bg support pd Khairy & member2 yg lain. Khairy hepi sangat masa tu dpt jumpa dgn friends & aunty2, uncle2. Next day tu semua kanak2 nih check in untuk Holiday Camp. 2 days 1 nite, stay over nite di situ. Photo yg mula2 tu "Aunty Phoebe" yg bg. Dapat la tengok aktiviti yg budak2 nih bt selama 2 hari 1 malam. Pergi Pusat Sains Negara, Swimming, Playing Kites, Nite Movie, & mcm2 lagi la. All this for free utk kids kat sini. Cup cakes yang Khairy makan tu, those kids yg decorate kan. Baguskan? Hopefully Khairy dapat joint lagi aktiviti macam nih in future.
** Nasi Beryani Udang **
Hari ini bila buka freezer dok termenung jab. Pikir nak masak apa. Tengok ada udang. Boleh la masak nasi beryani udang yang simple2. Boleh la share sama2 untuk hidangan bersama anak2.
Bahan-bahan:
Untuk Nasi ~
- 2 cups beras ( lagi elok brasmathi, kalau takde, beras biasa pun boleh )
- 1 ulas bawang putih dimayang
- Setengah ulas bawang besar dimayang
- 1 inci halia dimayang
- 4 biji bunga cengkih
- 2 biji pelanga hindi
- 3 cm kulit kayu manis
- 2 kelopak bunga lawang
- 1 setengah cups air rebusan kulit udang
- Setengah cup susu Ideal or UHT
- 1 helai daun pandan dicarik-carik
- Hirisan carrot
Untuk Udang Sweet & Sour ~
- 20 ekor udang saiz sederhana dibuang kulit (asingkan kulit utk direbus)
- 2 ulas bawang putih di cincang
- Setengah ulas bawang besar dipotong besar
- 6 cmb tomato sos
- 1 biji buah tomato di potong lapan
- 1 cmb kicap manis
- 1 cmb sos tiram
Cara-cara Nasi:
- Tumis bawang putih, bawang besar, halia, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga hindi hgg wangi.
- Masukkan hirisan carrot.
- Masukan 1 setengah cups air rebusan udang.
- Masukan setengah cup susu ideal atau susu UHT.
- Masukkan beras, garam, gula dan daun pandan.
- Tanak hingga masak.
Cara-cara Udang:
- Tumis bawang putih & bawang besar hingga wangi.
- Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap & sedikit air.
- Masukkan garam, gula, buah tomato & udang.
- Masak secukupnya.
SIAP UNTUK HIDANGAN BERSAMA ANAK2. BOLEH JUGA DIMAKAN BERSAMA2 JELATAH ATAU ACAR TIMUN. TAPI ZULIE NAK CEPAT TADI, MAKAN DENGAN ULAM TIMUN SAHAJA. SELAMAT MENCUBA.
** Baked Chicken With Carrot Sauce **
Bahan-bahan:
- 1 setengah ayam dipotong dua bahagian
atau
- 4 ketul kepak ayam
- 1 biji carrot
- 1 ulas bawang besar
- 2 batang saleri
- 1 cawan epal jus
- garam gula secukup rasa
Cara-cara:
- Rebus kesemua bahan diatas dalam periuk.
- Masak hingga ayam tadi mesra dgn air rebusan.
- Keluarkan ayam & sejat.
- Bakar di dalam ketuhar pd suhu 160' selama 20 minit (ikut suka tahap garing).
Untuk Sauce:
- Air rebusan tadi di blend hancur.
- Masukkan ke dalam periuk semula dan masak bersama-sama hirisan cendawan butang.
Sides~ Garlic Rice:
- Tumis 1 ulas bawang puting cincang dgn 1cmt mentega.
- Basuh 1 cup beras & sejat keluarkan airnya.
- Masukkan beras ke dalam tumisan tadi bersama-sama 1 cup air.
- Masakkan.
Sides ~ Potato Parsley:
- 2 biji kentang direbus hingga empuk.
- Keluarkan dari air & kupas kulit.
- Potong kpd 4 bahagian.
- Cairkan 1 cmb mentega di atas pan.
- Campurkan bersama-sama kentang & hirisan parsley.
Sides ~ Steam Brocoli:
- Brocoli yg siap dibasuh di kukus hgg empuk.
- Toskan & masukkan ke dalam air ais.
- Keluarkan & campur bersama 1 cmb mentega yg dicairkan & garam.
*SELAMAT MENCUBA*
Thursday, June 17, 2010
**Sesame Chicken Roll**
Asyik2 bercerita pasal masalah Khairy, apa kata ari ini Zulie selitkan dgn menu mudah untuk hidangan minum petang seisi keluarga untuk semua. Amat mudah & kanak2 pun suka sangat. Ini favorite anak2 Zulie tu, Khairy & Khayra. Hidangan ni namanya "Sesame Chicken Roll"
Bahan-bahan:
1 buku roti sandwich
1 pek Chicken meatloaf
2 biji telur dipukul
2 sudu besar bijan (sesame)
Minyak utk menggoreng
Cara-cara:
-Potong tepi roti, kukus selama 1 minit di atas pengukus.
-Keluarkan dan gelek roti dgn rolling pin atau geleng dgn botol hingga leper. Potong jadi dua.
-Chicken meat loaf juga dipotong dua & diletakkan diatas kepingan roti tadi.
-Gulung biar ketat dan celup di dalam telur.
-Golek-golekkan dalam biji bijan (sesame).
-Goreng hingga garing kekuningan.
-Hidangkan bersama sos cili thai.
Selamat Mencuba. Anak-anak pasti suka.
Wednesday, June 16, 2010
♥ ♥ Ujian Yang Menduga Keutuhan Kami Suami Isteri ♥ ♥
Setiap ikatan pernikahan diharap akan diserikan dgn cahayamata pengukuh kasih sayang setiap suami isteri. Kali pertama Zulie tahu Zulie pregnant, rasa mcm mimpi pun ada. Akhirnya akan bergelar ibu. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami.
Kelahiran Khairy menambahkan seri dalam hidup kami sekeluarga. Besar harapan kami mudah2an Khairy membesar menjadi anak yang berguna kpd agama dan keluarga. Hari demi hari yang kami lalui penuh dgn warna warni. Hingga lah suatu hari bila kami sedar yang Khairy tidak seperti kanak-kanak lain yang seusia dgn dia. Mulanya amat sukar kami kesan masalah Khairy sebab sudahlah anak pertama, cucu pertama dan dia mmg seperti biasa sahaja hingga lah dia mencecah usia 3 tahun.
Bila doktor mengesahkan yang Khairy ada "mild autisme", Zulie mmg cuba menafikan. Ibu mana yang tidak kecewa bila tahu anak yang diharap2kan tidak seperti kanak2 lain. Namun lama kelamaan Zulie boleh terima hakikat walaupun pahit. Hubby pun seperti itu. Apa yang menyebabkan kami rasa Khairy bukan "autisme" sbb dia blh mengira 1 - 20 & mengenal ABC hgg Z pd usia 3 thn.
Akhirnya doktor menjelaskan, autisme ada byk jenis. Ada yang slow (kategori yg agak teruk) dan ada yang bijak (mild) cuma dia tidak pandai mengawal tingkahlaku dia. Kadang2 kanak2 yg "'mild autisme" ini mirip kpd kanak2 ADHD iaitu hyperaktif.
Sepanjang mendapatkan rawatan & juga pendidikan yang terbaik kpd Khairy, hubungan kami suami isteri sll ada pasang surutnya. Kdg2 spt dipukul ombak. Kdg2 bergelora, dan kdg2 tenang. Hakikatnya mmg sukar kami hadapi. Hipokrit kalau kami kata, hubungan kami sll indah.
Kadang kala sll juga terfikir, dimanalah silap kami. Apakah hikmah disebalik kejadian ini.
Bila hati kecewa, hubby frust. Selalu kami ingat mengingati antara satu sama lain, syukur Khairy seperti ini. Bayangkan anak2 pasangan lain yang kesusahan dgn masalah yg lagi teruk. Siang malam kami berdoa moga2 Khairy membesar menjadi normal spt org lain. Dapat menjalani kehidupan seperti insan2 yang lain.
Tuesday, June 15, 2010
Sukarnya Abang Tunjukkan Sayang Pada Adik
Khairy sayang Khayra. Khayra sayang Khairy. Tapi sukarnya Khairy tunjukkan kasih sayang pd Khayra. Sejak akhir2 nih since dia ke Breaktru Kids, barulah dia tunjukkan kasih sayang dia pd Khayra. Dulu, kadang2 kasihan pd Khayra bila dia tidak dilayan abg Khairy. Kadang2 bila dia bercakap dgn abangnya, si abang buat tidak tahu. Khairy lebih suka berada di dalam alam ciptaannya sendiri. Kanak2 spt Khairy mmg berdepan dgn masalah pergaulan dgn individu yg lain berbanding mereka selesa berada di alam mereka sendiri. Zulie & hubby teramat risau bila berdepan situasi ini. Macam2 dah kami bt supaya both of them blh adapt to each other. Buat aktiviti sesama. Sharing toys together. Tapi nampaknya Khairy susah nak accept perubahan lebih2 lagi bila dia sudah selesa dgn alam ciptaan dia sendiri.
Masa Kahyra mula2 lahir dulu, Khairy tak pernah datang tengok dekat. Duduk jauh2 sahaja. Kalau dia terpandang Khayra masa dlm pantang dulu, dia mcm hendak muntah. Zulie pun tak tahu kenapa Khairy memberi respon mcm tu.
Bila Khayra semakin besar, dua2 mcm berada di tempat berbeza. Khayra dgn hal dia, Khairy dgn hal dia. Bila ajak Khairy sama2 bermain dgn Khayra, dia selalu enggan joint sesama. Kalau toys dia jangan disentuh Khayra. Dia akan belasah jer Khayra. Kadang2 kesian pada Khayra asyik jd mangsa abang dia. Khairy mmg tak tahu yg tindakan dia salah. Bila kita explain pun dia tak kan faham. Bukan dgn Khayra sahaja dia ada masalah pergaulan, dgn mana2 kanak2 pun.
Pernah satu ketika Khairy tolak sampai jatuh terduduk seorang budak lelaki. Sebabnya budak tu menghalang laluan dia. Punya la malu masa tu. Zulie dah suruh Khairy say sorry & dia cakap sorry pd budak tu. Masalahnya nenek budak tu macam tak blh terima sampai dia memaki hamun Khairy didepan orang ramai. Khairy tak bagi respon apa2 sbb dia mmg tak faham. Zulie yg terkedu malu, sedih & geram dgn gelagat nenek ranggi tu. Ibubapa budak tu ok saja. Siap mereka cakap, sikit saja, anak kami ok takde apa2, biasala budak2. Yang si nenek macam kena rasuk maki hamun Khairy. Sedihnya Zulie Allah saja yg tahu. Sampai hati si nenek buat mcm tu. Kalau la dia tahu apa yg Zulie lalui & kalau lah cucu dia serupa Khairy, adakah dia faham.... Inilah cabarannya bila berdepan dgn kanak2 spt Khairy. Dugaan yg terpaksa kita tempuh mahu atau tidak.
Tapi alhamdulillah sekarang sudah nampak perkembangan positive. Sejak hantar Khairy ke "Aunty Phoebe" di Breaktru Kids, Khairy nampak lebih terbuka & peka. Now dia dah blh main sama2 dgn Khayra. Share toys sama2. Dengan budak2 lain pun dia dah boleh belajar bertolak ansur. Alhamdulillah sesangat.
Kalau kami suruh dia sayang adik dia pun tanpa berlengah2 dia terus peluk & cium. Sudah nampak kasih sayang dia pada adik dia. Sekarang ni kalau kami marah Khayra pun dia akan sedih sama. Bila bersama dgn kanak2 lain, dia dah blh joint the group. Bermain sama2.
Perubahan tidak berlaku dalam sekelip mata. Perubahan memerlukan masa yang panjang. Lambat atau cepat, itu tidak penting. Yang penting sekarang Khairy sudah menunjukkan tanda2 positive. Itu yang penting & memerlukan kesabaran. Syukur kehadrat Ilahi.
Sunday, June 13, 2010
Yang Kelam Semakin Terang
Setelah melalui kekecewaan berulang kali dlm mencari tadika buat Khairy, Zulie terpandang 1 day care di Wangsa Maju. Terlintas dihati mahu cuba hantar Khairy di sana. Hubby bertemu dgn pengetuanya dan berbincang tentang masalah Khairy. Pengetua Day Care tersebut bersetuju utk memberikan Khairy tempoh trial utk 1 hari. Harapan kami tidak tinggi, takut kecewa lagi buat kali ke3. Keesokan harinya Zulie bawa Khairy ke Day Care tu. Sepanjang perjalanan dari rumah kami di Batu Caves hgg ke Wangsa Maju, Zulie tak putus2 mengingatkan Khairy supaya dia "good behave" di sana. Di sana Khairy lalui aktiviti dgn baik, cuma kanak2 di situ berusia dlm lingkungan 4 hgg 3 tahun. Tidak sesuai utk Khairy yg berusia 5 thn. Sedih sekali lg. Apa yg Zulie dpt gambarkan, kecewa sekali lagi. Namun alhamdulillah, pengetua day care tersebut ada seorang kawan yg memang ada sekolah khusus buat kanak2 spt Khairy. Kanak2 yg istimewa tetapi berpotensi membesar sbg org normal. Tiba2 terasa spt yg kelam semakin terang. Alhamdulillah. Zulie ambil contact number. Balik sahaja ke rumah terus Zulie call owner sekolah tersebut. Dia ingin dikenali sbg "Aunty Phoebe" dikalangan kanak2 didikannya. Kini Khairy sudah bersama2 dgn "Aunty Phoebe" & aunty2, uncle2 yg lain (cikgu2) di Breaktru Kids, Platinum Walk, Danau Kota. Hampir 1 tahun Khairy bersama2 mereka mengikuti aktiviti yg sesuai dgn dia. Alhamdulillah sekali lagi. Mengikut pemantauan Phoebe, Khairy akan bersedia mengikuti sesi persekolahan darjah 1 di sekolah biasa spt kanak2 normal yg lain. Terima kasih buat tenaga pengajar yg bersabar dgn kerenah Khairy yg kdg kala tidak menentu.Hanya Allah Sahaja Yang Mengetahui
Sejak kelahiran Khairy, dia ditatang bagai minyak yg penuh. Almaklum lah cucu pertama sebelah Zulie, satu2nya lelaki. Zulie hanya 2 beradik, semua girl. Seronok & bersyukur tidak dpt digambar. Habis saja berpantang, Khairy terpaksa ditinggalkan dgn atuk & nanni. Masa tu Zulie masih bertugas sbg guru di Kuantan. Kesukaran mendapatkan tmpt asuhan membuatkan kami sepakat tinggalkan Khairy di KL, dijaga sepenuhnya oleh parents Zulie. Sedihnya berpisah dgn Khairy. Sudah la anak pertama. Macam2 yg difikirkan bila Khairy tiada didepan mata. Tiap2 hujung mgg kami ulang alik dari Kuantan ke KL. Khairy membesar seperti bayi normal yg lain. Mula berjalan diusia 10 bulan, gigi pertama diusia 11 bulan. Segala2nya normal. Perkataan pertama Khairy, masih Zulie ingat. Dia sebut "fish". Dia juga sudah pandai panggil mommy & papa. Hepi sesangat masa tu.
Namun ketika usianya menginjak 3 tahun, kami sedar yg Khairy tidak spt kanak2 seusia dgnnya. Pd mulanya Zulie ingat, biasalah boy. Nakal, manja pulak tu. Bila berbincang dgn hubby, kami ambil keputusan membawa Khairy bertemu pakar psikologi kanak2. Ketika pertemuan itu, hanya Allah shj yg mengetahui, hancur luluh hati Zulie bila doktor berkenaan memaklumkan yg Khairy mengidap "mild autisme". Ciri2 yg ketara, dia kurang ada "eye contact". Suka kpd objek berputar spt roda atau kipas. Agak lambat membina ayat yg lengkap. Bila Zulie bertanya apa punca terjadi seperti ini. Doktor memaklumkan, mungkin salah satunya faktornya ketika Zulie hendak melahirkan Khairy yg ada komplikasi. Baby stress ketika itu, kesannya bila dia membesar. Balik saja dari pertemuan itu, Zulie menangis teresak2. Saat itu terasa spt batu yg besar jatuh dikepala. Tak dpt nak gambar dgn kata2 masa tu. Sedih, malu, marah, geram, semua ada. Kemudian Zulie tersedar, ini dugaan dari Allah. Khairy anak istimewa. Bila ditenung kedlm mata Khairy, hati jd sayu.
Satu istimewanya Khairy berbanding kanak2 seusia dia, dia teramat bijak. IQ Khairy begitu tinggi. Dia kenal semua ilmu pelajaran. Senang hendak ajar membaca, mengira. Cuma dia malas menulis.
Bila dirujuk kembali kpd pakar psikologi kanak2, doktor kata Khairy tidak perlu ke sekolah khas. Doktor kata Khairy bijak. Dengan menghantar Khairy ke sekolah khas tidak dpt membantu perkembangannya. Tapi masalahnya sudah 2 montessori kami hantar. Mula2 mereka sanggup walaupun kami sudah maklumkan keadaan Khairy. Namun bila masuk 3,4 bulan mereka tidak sanggup dgn alasan Khairy amat aktif. Sukar teramat sukar hendak carikan Khairy tadika yg sesuai dgn dia. Semasa Khairy 5 thn, setelah montessori ke2 tidak sanggup meneruskan, Zulie ambil keputusan buat home school pd Khairy. Pada masa yg sama Zulie hantar dia ke Gleneagles utk rawatan speech therapy. Di sana Khairy melalui therapy bersama "Uncle Firdaus". "Uncle Firdaus" sendiri kagum dgn kebolehan IQ Khairy yg bagus. Dia sering galakkan Zulie utk hantar Khairy ke tadika. Masalahnya tiada tadika yg sesuai utk kanak2 spt Khairy. Kami dah pergi a few tadika & memaklumkan isu Khairy & kebanyakannya tidak sanggup. Sedih sgt. Kalau ada yg sesuai utk Khairy, bayaran bulanannya teramatlah mahal hingga mencecah ribuan ringgit sebulan. Di Malaysia, sekolah yg khusus utk kanak2 spt Khairy masih kurang & ditahap sukar utk dicari. Kalau di KL pun sukar utk dptkan sekolah sesuai, bagaimana pula dgn luar kawasan KL & Selangor. Menyedihkan. Zulie rasa diluar sana ada ramai lagi ibu bapa yg mengalami masalah spt kami. Zulie amat memahami masalah kalian semua. Alangkah bagus kalau kami dpt bertukar2 pandangan & memberi support antara 1 sama lain.
♥ ♥ Our 2nd Bundle Of Joy ♥ ♥
KHAYRA UMAIRAH
Khayra Umairah dilahirkan 2 tahun kemudian pd 11 Disember 2006 di Gleneagles Intan Medical Center, Kuala Lumpur. Istimewanya tarikh lahir Khayra, sama dgn mommy & papa. Mommy 11 Oktober & papa 11 Februari. Tarikh itu sama kebetulan semata2. Selepas melahirkan Khayra baru kami semua sedar yg tarikh kami serupa. Semasa hamilkan Khayra, Zulie berharap agar kelahiran kali ini normal. Namun kita hanya merancang, Allah telah tentukan takdirnya. Ketika kandungan berusia 36 minggu, doktor yg memeriksa memaklumkan yg baby dlm keadaan senget & tidak engage dilaluan yg betul. Air ketuban pula semakin sikit. Akhirnya doktor memutuskan yg Zulie terpaksa juga melalui C-section. Apa2 pun alhamdulillah semuanya selamat.
♥ ♥ Our 1st Bundle Of Joy ♥ ♥
MUHAMMAD KHAIRY OMAR
Muhammad Khairy Omar dilahirkan pd 16 Oktober 2004 di Kuantan Medical Center. Pengalaman ketika melahirkan Khairy tidak mungkin Zulie lupakan seumur hidup Zulie. Saat ketika itu apa yg Zulie ingat ialah maut. Sama ada Zulie akan kehilangan dia atau Zulie yg tiada selama-lamanya. Akhirnya Zulie dibawa ke dewan bedah secara kecemasan apabila doktor telah cuba pelbagai usaha utk mengeluarkan Khairy dari kandungan. Masa tu denyutan jantung baby sudah perlahan dan Zulie pun dah separuh sedar. Belum pun doktor berikan bius, Zulie sudah pengsan. Kesian pd Khairy. Keesokan harinya, ketika jururawat bawa dia ke bilik Zulie, kepala Khairy bersegi2 disebabkan tekanan dari vacuum dan juga forceps. Doktor telah bawa Khairy utk scan di kepala. Alhamdulillah tiada apa2 yg serius.Saturday, June 12, 2010
♥ ♥ Our Journey Of Love ♥ ♥
Merisik ~ 13 Julai 2002 Bertunang ~ 19 Oktober 2002
Nikah ~ 31 Mei 2003 Sanding di Bukit Aman ~ 7 Jun 2003
PETIKAN KATA2 DARIPADA SAHABATKU:
"..LOVE is not about finding the right person but creating a relationship. It's not about how much LOVE you has in the beginning. But how much love you builds till the end.."
PETIKAN KATA2 DRPD SATU WEBSITE:
"..Successful marriage; The key to succeeding in marriage in not finding the right person,it's learning to LOVE the person you found & you had.."
Serba ringkas tentang perjalanan perhubungan kami sebelum bergelar suami isteri:
Pertemuan yg diatur keluarga sedikit pun tidak diketahui oleh saya apa tujuan sebenarnya. Di sana baru saya tahu rupa2nya hajat org tua ingin menjodohkan kami berdua. Walaupun kami tidak kenal mengenali antara satu sama lain, tapi atas percaya pd pilihan keluarga & taat pd ajaran Islam, saya redha. Sebulan selepas pertemuan pertama saya dirisik. Sepanjang usia perkenalan sehgg di hari diijab kabulkan, perhubungan kami teramatlah protokol. Segala-galanya begitu pantas. Kdg2 rasa spt tidak yakin dgn dia. Tapi alhamdulillah, tidak sekali2 saya kesal dgn aturan keluarga ini. Saya bersyukur dia pilihan yg terbaik. Kini kami bahagia dgn dua anugerah dari Yang Esa...
Pertemuan yg diatur keluarga sedikit pun tidak diketahui oleh saya apa tujuan sebenarnya. Di sana baru saya tahu rupa2nya hajat org tua ingin menjodohkan kami berdua. Walaupun kami tidak kenal mengenali antara satu sama lain, tapi atas percaya pd pilihan keluarga & taat pd ajaran Islam, saya redha. Sebulan selepas pertemuan pertama saya dirisik. Sepanjang usia perkenalan sehgg di hari diijab kabulkan, perhubungan kami teramatlah protokol. Segala-galanya begitu pantas. Kdg2 rasa spt tidak yakin dgn dia. Tapi alhamdulillah, tidak sekali2 saya kesal dgn aturan keluarga ini. Saya bersyukur dia pilihan yg terbaik. Kini kami bahagia dgn dua anugerah dari Yang Esa...
DOAKANLAH MOGA2 PERJALANAN PERNIKAHAN KAMI INI KEKAL HINGGA KE AKHIRAT HENDAK-NYA.. AMIN...
Subscribe to:
Posts (Atom)




















