It's about me & my precious...

It's about me & my precious...
Assalamualaikum..Hi, saya Zuliana Zainal Abidin. Mommy kpd 2 anugerah Allah yg tidak ternilai, Muhammad Khairy Omar & Khayra Umairah. Juga isteri bt insan yg penyayang, suamiku Khairul Azhar Jaafar. Ini adalah coretan hidup saya sbg mommy & juga isteri. Melalui blog ini ingin saya kongsi beberapa peristiwa yg telah dilalui & berlaku dlm kehidupan saya. Sudi2kan lah berkongsi dgn saya..

Sunday, June 13, 2010

Hanya Allah Sahaja Yang Mengetahui

Sejak kelahiran Khairy, dia ditatang bagai minyak yg penuh. Almaklum lah cucu pertama sebelah Zulie, satu2nya lelaki. Zulie hanya 2 beradik, semua girl. Seronok & bersyukur tidak dpt digambar. Habis saja berpantang, Khairy terpaksa ditinggalkan dgn atuk & nanni. Masa tu Zulie masih bertugas sbg guru di Kuantan. Kesukaran mendapatkan tmpt asuhan membuatkan kami sepakat tinggalkan Khairy di KL, dijaga sepenuhnya oleh parents Zulie. Sedihnya berpisah dgn Khairy. Sudah la anak pertama. Macam2 yg difikirkan bila Khairy tiada didepan mata. Tiap2 hujung mgg kami ulang alik dari Kuantan ke KL. Khairy membesar seperti bayi normal yg lain. Mula berjalan diusia 10 bulan, gigi pertama diusia 11 bulan. Segala2nya normal. Perkataan pertama Khairy, masih Zulie ingat. Dia sebut "fish". Dia juga sudah pandai panggil mommy & papa. Hepi sesangat masa tu.
Namun ketika usianya menginjak 3 tahun, kami sedar yg Khairy tidak spt kanak2 seusia dgnnya. Pd mulanya Zulie ingat, biasalah boy. Nakal, manja pulak tu. Bila berbincang dgn hubby, kami ambil keputusan membawa Khairy bertemu pakar psikologi kanak2. Ketika pertemuan itu, hanya Allah shj yg mengetahui, hancur luluh hati Zulie bila doktor berkenaan memaklumkan yg Khairy mengidap "mild autisme". Ciri2 yg ketara, dia kurang ada "eye contact". Suka kpd objek berputar spt roda atau kipas. Agak lambat membina ayat yg lengkap. Bila Zulie bertanya apa punca terjadi seperti ini. Doktor memaklumkan, mungkin salah satunya faktornya ketika Zulie hendak melahirkan Khairy yg ada komplikasi. Baby stress ketika itu, kesannya bila dia membesar. Balik saja dari pertemuan itu, Zulie menangis teresak2. Saat itu terasa spt batu yg besar jatuh dikepala. Tak dpt nak gambar dgn kata2 masa tu. Sedih, malu, marah, geram, semua ada. Kemudian Zulie tersedar, ini dugaan dari Allah. Khairy anak istimewa. Bila ditenung kedlm mata Khairy, hati jd sayu.
Satu istimewanya Khairy berbanding kanak2 seusia dia, dia teramat bijak. IQ Khairy begitu tinggi. Dia kenal semua ilmu pelajaran. Senang hendak ajar membaca, mengira. Cuma dia malas menulis.
Bila dirujuk kembali kpd pakar psikologi kanak2, doktor kata Khairy tidak perlu ke sekolah khas. Doktor kata Khairy bijak. Dengan menghantar Khairy ke sekolah khas tidak dpt membantu perkembangannya. Tapi masalahnya sudah 2 montessori kami hantar. Mula2 mereka sanggup walaupun kami sudah maklumkan keadaan Khairy. Namun bila masuk 3,4 bulan mereka tidak sanggup dgn alasan Khairy amat aktif. Sukar teramat sukar hendak carikan Khairy tadika yg sesuai dgn dia. Semasa Khairy 5 thn, setelah montessori ke2 tidak sanggup meneruskan, Zulie ambil keputusan buat home school pd Khairy. Pada masa yg sama Zulie hantar dia ke Gleneagles utk rawatan speech therapy. Di sana Khairy melalui therapy bersama "Uncle Firdaus". "Uncle Firdaus" sendiri kagum dgn kebolehan IQ Khairy yg bagus. Dia sering galakkan Zulie utk hantar Khairy ke tadika. Masalahnya tiada tadika yg sesuai utk kanak2 spt Khairy. Kami dah pergi a few tadika & memaklumkan isu Khairy & kebanyakannya tidak sanggup. Sedih sgt. Kalau ada yg sesuai utk Khairy, bayaran bulanannya teramatlah mahal hingga mencecah ribuan ringgit sebulan. Di Malaysia, sekolah yg khusus utk kanak2 spt Khairy masih kurang & ditahap sukar utk dicari. Kalau di KL pun sukar utk dptkan sekolah sesuai, bagaimana pula dgn luar kawasan KL & Selangor. Menyedihkan. Zulie rasa diluar sana ada ramai lagi ibu bapa yg mengalami masalah spt kami. Zulie amat memahami masalah kalian semua. Alangkah bagus kalau kami dpt bertukar2 pandangan & memberi support antara 1 sama lain.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Zulie...saya begitu kagum dengan ketabahan yang Zulie lalui....pasti Allah menguji Zulie disebabkan Dia tahu Zulie mampu menghadapinya....

    Anak-anak adalah segalanya untuk kita ye Zulie...dan dalam masa yang sama anak juga pinjaman Allah... Khairi adalah anak yang sangat istimewa.... sebenarnya dia adalah calon syurga...Zulie cuma bekerja keras sedikit untuknya ..tapi Allah dah janjikan mereka syurga...

    Saya juga mempunyai anak saudara yang mempunyai masalah yang sama mcm u...tapi tahapnya lagi severe...dia tidak dapat urus dirinya sendiri...mcm zulie kata mereka ni sangat pintar....dia minat communicate dalam bahasa inggeris jer...dia mengalami mild autisme dan juga ADHD...

    Saya sebenarnya kenal khairi...saya emak salah seorang pelajar di IIS Kuantan...first day hantar anak saya, saya pernah tanya khairi...whats ur name...khairi jawab my name is cat meow meow....anak saya pun ketawa...masa tu anak saya duk menangis ..first day pergi sekolah.....

    saya blogwalking je pagi ni...ada masa lawatilah blog saya...lama juga dah x update blog tu...tapi ada kelapangan nanti saya update juga...ok zulie http://nuryani1418.blogspot.com ..wassalam

    ReplyDelete
  2. Zulie.... kak kagum ketabahan dan faham kesedihan Zulie tu. Kak pernah alaminya. Cuma bezanya anak Zulie Mild Autisme sementara anak kak pulak hadapi Celebral Palsy.... Kak sendiri masih tercari-cari sekolah yg sesuai dgn diri anak kak itu.

    ReplyDelete